Fun With E-Learning

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Fun with E-learning” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 1. Pada kali ini peserta diperkenalkan dengan permainan di internet yang membolehkan peserta bermain sambil belajar. Peserta telah diperkenalkan dengan “typing test games” di mana peserta tahun 1 belajar menaip huruf besar dan huruf kecil.

Selain daripada itu, peserta juga membuat aktiviti online colouring. Sebelum tamat kelas, satu sesi ulangkaji tentang pembelajaran minggu lepas telah diadakan bagi menguji tahap daya ingatan dan kefahaman peserta terhadap topik ICT iaitu mencari gambar di Internet, peserta perlu mencari gambar di internet.Tahniah kepada semua peserta kerana masih ingat cara-cara mencari gambar di internet. Semoga semua peserta menjadi cemerlang dalam akademik dan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali