Fun With Quizizz & Word Search Games

2 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari 2019, telah diadakan Kelas ICT “Fun With Quizizz and Word Search Games” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas kali ini bersama peserta sekolah rendah iaitu tahun 1 dan tahun 2. Sebelum sesi pembelajaran, para peserta akan menari dan menyanyi lagu “Didi & Friend” untuk memberi kecergasan kepada peserta untuk pembelajaran seterusnya. Tema pembelajaran kali ini adalah permainan di internet yang menyeronokkan iaitu Quizizz games di mana peserta akan menjawab soalan berdasarkan pilihan jawapan bersama rakan-rakan lain dalam matapelajaran matematik.

Selain daripada itu, terdapat juga quizizz bahasa Inggeris mengenai buah-buahan dan juga haiwan. Dalam permainan ini peserta dapat bersaing dan dalam masa yang sama peserta dapat mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari di sekolah. Selain daripada itu, peserta bermain dengan word search games yang bertemakan buah-buahan. Peserta perlu mencari perkataan buah-buahan yang telah disenaraikan dan peserta yang berjaya mencari semua buah-buahan tersebut dengan masa yang paling singkat akan diberi hadiah oleh tenaga pengajar Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali