Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS

26 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2019, telah diadakan Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Pembelajaran kali ini, adik-adik belajar mengenai bentuk segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga, bulatan dan lain-lain lagi.

Di samping itu, adik-adik juga belajar membuat bentuk menggunakan tanah liat. Selain daripada itu, adik-adik juga belajar kenali haiwan liar. Seperti biasa aktiviti sampingan adik-adik tabika KEMAS menari dan menyanyi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali