Kelas E-Usahawan (Ice-Cream Homemade)

16 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2019, telah diadakan Kelas e-usahawan bertajuk “Menjana pendapatan dengan ice-cream homemade” bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Berlangsungnya kelas membuat ice-cream homemade bersama Cik Ana dan Cik Ina, tenaga pengajar Ice-cream homemade. Seramai 23 orang peserta terdiri daripada komuniti Felda pasoh 2. Tenaga pengajar menunjukkan demo membuat ice-cream homemade, kemudian peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberi bahan-bahan untuk membuat ice-cream homemade.

Peserta juga boleh membawa balik aiskrim yang telah dihasilkan. Selain itu, Peserta juga diberi penerangan mengenai cara-cara menambah pendapatan dengan produk tupperwarebrands .Di samping itu juga, peserta diberi cenderahati tupperwarebrands dan hadiah cabutan bertuah. Pusat Internet ingin menyucapkan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai kelas ice-cream homemade dan tidak lupa juga kepada tenaga pengajar Cik Ana dan Cik ina atas kesudian menyampaikan ilmu kepada komuniti Felda Pasoh 2.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali