Jamuan Berbuka Puasa Tabika Kemas Felda Pasoh 2

25 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2019, telah berlangsungnya Jamuan Berbuka Puasa Tabika Kemas Felda Pasoh 2 bertempat di Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Jamuan bermula dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam. Majlis berbuka Puasa ini merupakan anjuran Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Turut hadir wakil Pegawai penyeleras DUN Sungai Lui, Encik Mohd Nor bin Abd Kadir, Penyelia KEMAS Sungai Lui, Pengerusi MPKK Felda Pasoh 2 dan semua AJK Tabika KEMAS, ibu bapa serta penjaga anak-anak tabika.

Pengisian majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi Tabika KEMAS, bacaan doa, Ucapan Wakil Pegawai Pengelaras dan penyampaian hadiah dan duit raya kepada adik-adik tabika KEMAS. Sesi berbuka secara ringkas diadakan dan diteruskan dengan sembahyang maghrib berjemaah. Setelah selesai, sesi menjamu selera beramai-ramai di kawasan tabika KEMAS. Pusat Internet sebagai AJK tabika KEMAS ingin mengucapkan Terima kasih kepada Tabika KEMAS kerana sudi menjemput Pusat Internet dan semua yang terlibat bagi menjayakan majlis berbuka Puasa Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 pada tahun 2019.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali