Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS

3 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos 2019, telah diadakan Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Memandangkan bulan Ogos merupakan bulan Kemerdekaan, pada pembelajaran kali ini adik-adik Tabika KEMAS belajar mengenai Malaysia dan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Seperti biasa, terdapat sesi menari dan menyanyi bertemakan Kemerdekaan dengan adik-adik Tabika KEMAS. Selain daripada itu, adik-adik juga belajar mengenai serangga dan mengusun puzzle bergambar secara online. Semoga adik-adik menjadi Celik IT untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali