Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS

19 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2019, telah diadakan Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pada kali ini merupakan kelas ICT terakhir bersama adik-adik Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bagi tahun 2019.

Pada kali ini adik-adik tabika diberi peluang untuk menonton movie angry bird. Menariknya apabila adik-adik menonton movie tersebut adik-adik ingin tahu jenis-jenis burung dan haiwan lain yang terdapat di dalam movie tersebut, tenaga pengajar menerangkan jenis-jenis burung yang terdapat dalam movie tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali