Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 2 dan Jamuan Hari Raya Tabika KEMAS

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019, telah berlangsungnya Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 2 dan Jamuan Hari Raya Tabika KEMAS, bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Pelbagai aktiviti disediakan untuk para pengunjung antaranya pendaftaran Ahli Pusat Internet secara percuma, Program Google be Internet Awesome oleh MAXIS, Jualan usahawan, pertandingan mewarna bawah 6 tahun, Pertandingan Syarahan Advokasi Sekolah kategori Rendah, Pertandingan Jigsaw Puzzle online, Pertandingan make up raya oleh Mary Kay dan Cabutan bertuah Riang Ria Raya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ali bin Ahmad, Pengerusi MPKK Felda Pasoh 2.

Program ini bertemakan pakaian Hari Raya Dan Style makanan secara Potluck menampakkan lagi kemeriahan jamuan Raya kali ini. Dikesempatan ini, Pusat Internet ingin mengucapkan tahniah kepada para Pemenang semua pertandingan yang telah diaadakan serta jutaan terima kasih kepada organisasi-organisasi dalam komuniti antaranya KEMAS, MPKK , Pejebat Felda, Pejabat Technoplant, Rela, G.P.W, Mary Kay team, CunTQ Enterprise, Min Azman Enterprise, PPDK, Team senam Robik, Dmart, MBFM, Kedai Runcit Encik Mohamad Jaafar dan keluarga, Encik Kamarul Azman (pengacara Majlis), usahawan-usahawan Pusat Internet, urusetia program dan semua para pengunjung yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Moga kerjasama dan ukhwah yang terbina akan berpanjangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali