Pembelajaran Membuat Surat Dan Format Minit Mesyuarat

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019, telah diadakan Kelas ICT Pembelajaran Membuat Surat Dan Format Minit Mesyuarat bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang. Sesi pembelajaran ICT kali ini secara personal bersama adik Izzati. Pada kali ini adik Izzati ingin belajar membuat surat dan juga format membuat minit mesyuarat. Tenaga pengajar Pusat Internet memberi tunjuk ajar menggunakan microsoft word dan memberi guidelines kepada peserta untuk membuat surat serta memberi tunjuk ajar mengenai format minit mesyuarat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali