Advokasi Misi Maxis EKelas

24 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 November 2019, telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Misi MAXIS eKelas dan Advokasi Talk bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pelbagai aktiviti disediakan untuk adik-adik yang hadir antaranya KDB Talk mengenai Pengendalian dalam talian, permainan bola beracun, permainan TCOM dan Pertandingan Online Jigsaw Puzzle.

Setelah selesai semua pertandingan, acara Penyampaian hadiah telah diadakan kepada semua pemenang. Hadiah bagi peserta MAXIS eKelas telah disampaikan oleh Encik Ali bin Ahmad, Pengerusi MPKK dan Encik Aziz bin Md Isa, Pengurus Felda Pasoh 2 kepada adik Nazrizal yang menang basikal bagi misi eKelas 2019. Tahniah kepada adik-adik yang menang! Semoga adik-adik terus berusaha untuk majukan diri adik-adik dalam pelajaran pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali