Kelas Usahawan (Nugget Homemade)

17 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2019, telah berlangsungnya kelas ICT Kelas Usahawan membuat Nugget Homemade bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ini terbuka kepada komuniti yang berminat untuk belajar dan dalam masa yang sama menjana pendapatan sampingan. Pada kali ini, tenaga pengajar membuat demo cara-cara menghasilkan nugget homemade.

Kemudian, para peserta menghasilkan nugget homemade mereka sendiri. Setelah selesai terdapat sesi soal jawab antara peserta dan tenaga pengajar serta cabutan bertuah. Dikesempatan ini, Pusat Internet ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Ana yang sudi berkongsi ilmu bersama para peserta yang menyertai Kelas Nugget homemade di Pusat Internet dan semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh daripada kelas usahawan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali