Program Olek Sekampung

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2019, telah berlangungnya Program Olek Sekampung Anjuran MPKK Felda Pasoh 2. Program ini telah diadakan di Dewan Budaya Felda Pasoh 2 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya Senam Robik Komuniti, Sukaneka pelbagai kategori, pemeriksaan kesihatan dan pameran daripada agensi-agensi kerajaan.

Program ini merupakan program sambutan Kemerdekaan dengan kerjasama badan-badan yang adalah dalam komuniti termasuklah Pusat Internet. Dalam program ini Pusat Internet Felda Pasoh 2 dan Felda Pasoh 3 telah membuka booth Pusat Internet untuk menyampaikan advokasi kepada adik-adik dalam komuniti dan juga menyampaikan maklumat mengenai Siaran TV digital MyFreeview kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali