Hari Bersama Komuniti Dan Sambutan Hari Raya Pusat Internet Felda Sungai Lui

1 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Jun 2019, telah berlangsungya Hari Bersama Komuniti Dan Sambutan Hari Raya Pusat Internet Felda Sungai Lui bertempat di Pusat Internet Felda Sungai Lui. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Pusat internet Felda Pasoh 2 dan Felda Pasoh 3 terlibat sebagai urusetia program untuk sama-sama menjayakan Hari Bersama Komuniti.

Program ini telah dirasmikan oleh Tok Penghulu Mohd Syarif bin Ahmad. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Program pemeriksaan kesihatan secara percuma, Google be Internet awesome by MAXIS, Pertandingan makan epal kategori kanak-kanak, pertandingan scratch Sekolah rendah, Pertandingan anyam ketupat, pertandingan Google Interland games dan pertandingan pemakaian samping.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali