Penyediaan Resume

15 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Penyediaan Resume bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kelas ICT ini adalah secara personal oleh peserta yang ingin menghasilkan resume. Peserta belajar membuat resume menggunakan Microsoft word.

Peserta belajar untuk memasukkan maklumat diri ke dalam resume dan memilih tulisan yang bersesuaian untuk resume serta memperkemaskan resume tersebut menggunakan Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali