Advokasi Di Hari Sukan Tabika KEMAS

10 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2019, Berlangsungnya Hari Sukan Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Padang Tabika KEMAS Pasoh 2. Hari Sukan ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai acara sukan diadakan untuk kanak-kanak literasi, kanak-kanak tabika KEMAS, acara sukan ibu bapa penjaga dan team senam robik. Pusat Internet terlibat sebagai juri acara sukan. Di kesempatan ini, Pusat Internet turut mengedarkan risalah dan menyampaikan maklumat MYTV dan Advocacy talk mengenai maklumut palsu kepada pengunjung yang Hadir.

Program Hari Sukan ini telah dirasmikan oleh Encik Ali bin Ahmad, Pengerusi MPKK Felda Pasoh 2. Sesi penyampaian hadiah telah diadakan kepada para pemenang pada akhir majlis. Terdapat juga jamuan ringkas secara potluck buat semua para pengunjung. Dikesempatan ini, Pusat Internet Ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 dan semua AJK Tabika yang menjayakan program dan menjemput Pusat Internet untuk sama-sama menjayakan Hari Sukan Tabika KEMAS bagi tahun 2019.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali