Booth Advokasi Di Hari Sukan Sk Pasoh 3

1 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2019, berlangsungnya Hari Sukan Sekolah di Padang Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 3 yang melibatkan seluruh Pelajar SK Pasoh 3. Acara sukan ini bermula seawal 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai acara sukan yang telah dipertandingan seperti lumba lari, tarik tali, acara sukaneka pelajar dan sukaneka ibu bapa. Dikesempatan itu, Pusat Internet berpeluang membuat Booth Advokasi pada hari sukan tersebut.

Antara Pusat Internet yang terlibat adalah Pusat Internet Felda Pasoh 2, Felda Pasoh 3 dan Sungai Lui. Untuk makluman semua, Booth advokasi ini bertujuan mempromosikan Program E-Kelas kepada para ibu bapa serta penjaga yang hadir ke Hari sukan sekolah, selain itu terdapat juga booth KOSPEN yang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada para pengunjung yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali