Taklimat Maxis E-Kelas

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2019, telah diadakan Taklimat MAXIS E-kelas bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Taklimat ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Untuk makluman semua, Pusat Internet Felda Pasoh 2 telah terpilih untuk mengikuti Program MAXIS E-kelas bagi tahun 2019. MAXIS E-kelas merupakan pendidikan digital yang telah diperkenalkan oleh MAXIS sejak tahun 2015. Pada sesi taklimat ini, wakil MAXIS iaitu Encik Herman telah memberi penerangan mengenai E-kelas kepada semua yang hadir ke sesi taklimat di Pusat Internet.

Taklimat MAXIS E-kelas in melibatkan peserta daripada Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F), sekolah Menengah Felda Pasoh 2, ibu bapa/penjada serta wakil MPKK Felda Pasoh 2 bagi memberi pendedahan awal kepada semua mengenai E-kelas. Di samping itu juga, para peserta yang terlibat turut mendaftar di dalam portal E-kelas. Program E-Kelas ini juga terbuka kepada peserta tahun 6, tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 dan program ini adalah percuma. Semoga komuniti dan peserta dapat mengambil peluang ini untuk menyertai MAXIS E-kelas di Pusat Internet yang berdekat.

Sehubungan dengan itu, Pusat Internet ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada pihak MAXIS iaitu Encik Herman di atas penerangan yang diberikan kepada semua peserta, terima kasih kepada wakil MPKK, Puan Juliana yang berkesempatan hadir ke sesi taklimat, para ibu bapa/penjaga dan staff Pusat Internet Felda Pasoh 3 yang turut serta menjayakan taklimat ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali