Be Creative With Paint and Do It Yourself (D.I.Y) Tikar Merdeka/strong>

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2019, telah diadakan Kelas ICT bersama pelajar tahun 1 yang bertajuk Be Creative With Paint and Do It Yourself (D.I.Y) Tikar Merdeka bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Pembelajaran kali ini peserta belajar melukis menggunakan komputer melalui perisian paint. Pada permulaan peserta ditunjukkan cara melukis menggunakan paint, kemudian peserta mencuba untuk menghasilkan lukisan sendiri. Selain daripada itu, peserta juga membuat aktiviti Do It Yourself (D.I.Y) tikar Merdeka menggunakan alatan seperti kertas A4, gunting dan pensil warna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas