Pengenalan Kepada Internet & Asas Menaip

12 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Pengenalan Kepada Internet dan Asas Menaip bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. Berlangsungnya kelac ICT bersama para peserta tahun 1. Kelas ICT tahun 1 semakin mendapat sambutan dan sebelum memulakan pembelajaran minggu ini, sesi perkenalan bersama peserta-peserta yang baru menyertai kelas ICT telah diadakan bagi memudahkan komunikasi antara peserta dan tenaga pengajar.

Pendekatan untuk peserta tahun 1 adalah pengenalan kepada internet. Peserta belajar cara-cara mencari gambar di internet menggunakan google chrome. Di samping itu juga peserta belajar menaip ayat-ayat ringkas dalam Microsoft word. Manakala, aktiviti sampingan, peserta akan menyanyi sambil menari serta melakukan aktiviti online Colouring pada komputer masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali