KELAS KEK VIRAL CHEESE (KEUSAHAWANAN)

26 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2019, telah diadakan Kelas keusahawanan iaitu kelas Kek Viral Cheese bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Dalam pembelajaran kali ini, para peserta belajar cara-cara buat kek menggunakan 3 bahan asas serta membuat adunan cheese sebagai toping kepada kek. Di samping itu, peserta juga dapat resepi, saguhati barang tupperware dan kek yang telah dihasilkan di Pusat Internet. Terdapat juga sesi cabutan bertuah untuk peserta yang menyertai kelas.

Selain daripada itu, peserta juga berpeluang menambah pendapatan dengan tupperware brand dan mendapatkan ilmu bagi menjana pendapatan. Sehubungan dengan itu, pusat internet ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Ana dan Cik Ina sudi memberi ilmu keusahawanan kepada para peserta yang hadir kelas kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali