TABUNG HAJI (TH) BERGERAK DI PUSAT INTERNET FELDA PASOH 2

20 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2019,  Pihak Tabung Haji (TH) telah membuka kaunter di Pusat Internet Felda pasoh 2. Antara urusan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji adalah pembukaan akaun dewasa dan kanak-kanak, daftar haji tunai menggunakan KWSP, simpanan wang tunai, mengemaskini maklumat penama akaun dan kemaskini maklumat.

Sehubungan dengan itu, pusat internet ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Tabung Haji bahau kerana sudi membuka kaunter di Pusat Internet bagi memudahkan komuniti berurusan dengan pihak Tabung Haji.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali