Kisah Kejayaan

Rafidah binti Ismail (Usahawan Online)

Rafidah binti Ismail merupakan suri rumah yang baru saja berjinak-jinak dalam perniagaan online. Puan Rafidah telah mengikuti kelas bimbingan asas ICT dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2. Dengan bimbingan yang telah diberikan kini puan Rafidah mempunyai asas yang mecukupi untuk menjalankan perniagaan online. Kini pemasaran produk boleh diperkembangkan lebih meluas kerana kesedaran penggunaan internet dan media sosial. Pendapatan bulanan dan permintaan produk yang dijual oleh beliau semakin meningkat.

Puan Rafidah bermula dengan menjadi agen produk-produk pakaian, makanan dan minyak wangi. Kemudian beliau cuba untuk menjual produk kecantikan iaitu Mary Kay dan menghadiri kursus untuk menjadi independent beauty consultant Mary Kay.

Menerusi bimbingan yang diberi melalui kelas-kelas yang dihadiri di PI Pasoh 2, puan Rafidah telah berjaya meningkat kemahiran beliau dalam bidang IT dan menerusi kelas usahawan yang dihadiri beliau dapat mempelajari selok belok pemasaran yang berkesan melalui media sosial seperti WhatsApp dan facebook. Beliau juga mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook, WhatsApp dan mempelajari Microsoft Office bagi memudahkan urusan perniagaan, jualan strategi pemasaran yang kreatif menggunakan media sosial.


Mohamad Firdaus bin Macpol (Usahawan)

Mohamad Firdaus bin Macpol menjalankan perniagaan makanan iaitu Sate. Perniagaan Macpol Sate merupakan perniagaan warisan keluarga sejak beliau kecil lagi. Encik Firdaus mula mengambil alih perniagaan sate secara serius bermula dari tahun 2007 sehingga sekarang. Sebelum penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2, beliau hanya menjual sate di kedai dan menerima tempahan daripada pelanggan di rumah sendiri dan di kedai sahaja.

Setelah mendapat bimbingan daripada PI Pasoh 2, beliau telah mempelajari cara membuat facebook page untuk perniagaanya. Hasil tempahan sate beliau semakin meningkat dan pelanggan beliau bukan sahaja daripada kawasan sekitah, malah turut menerima tempahan daripada tempat-tempat lain. Di samping itu juga, beliau telah mempelajari cara-cara mempromosi perniagaan di laman sosial terutamanya facebook.

Kursus – kursus yang dihadiri oleh En Shahir telah mengajar beliau mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook dan WhatsApp, berkongsi cerita mengenai perniagaan yang dijalankan dan strategi pemasaran kreatif menggunakan media sosial. Di samping itu, menambah ilmu dari segi strategi pemasaran secara online.


Danish Darwisy Kamar bin Shamsul Kamar (CELIK IT)

Adik Danish Darwisy Kamar bin Shamsul Kamar berumur 12 tahun dan merupakan pelajar sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (felda). Sebelum adik Danish menglibatkan diri dalam kelas ICT, dia mengakui bahawa dia kurang pengetahuan mengenai ICT. Terutamanya dia masih lagi kurang pendedahan tentang menggunakan internet dengan betul, kurang pendedahan tentang kemudahan website yang boleh digunakan untuk pembelajaran.

Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Danish sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word dan microsoft powerpoint. Di samping itu juga, adik Danish sudah tahu menggunakan emel dari segi membalas emel dan menghantar dokumen kerja kepada penerima emel. Selain itu juga, adik Danish juga diberi pendedahan kepada pembelajaran mengenai keselamatan di alam siber seperti buli Siber, gangguan seksual online dan lain-lain melalui kelas advokasi. Adik Danish berasa teruja apabila menghadiri kelas ICT. Selain daripada kelas ICT, PI Pasoh 2 turut membuat aktiviti sampingan seperti E-Learning dan permainan menguji minda. Hal ini membuatkan adik Danish berasa seronok untuk menghadiri kelas ICT di PI Pasoh 2.

Kini, adik Danish sudah mahir dalam microsoft office dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain. Di samping itu juga, adik Danish sering berkunjung ke PI Pasoh 2 untuk melakukan aktiviti bermanfaat seperti membuat kerja sekolah, menyertai kelas ICT dan membaca buku-buku ilmiah di ruang membaca dalam PI Pasoh 2.


Haslina binti Hamid (Usahawan Online)

Haslina binti Hamid merupakan pendidik di Pusat khidmat Komuniti Pasoh. Puan Haslina memulakan perniagaan online bermula tahun 2010. Puan Haslina telah mengikuti kelas bimbingan asas ICT dan latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2.

Dengan bimbingan yang telah diberikan kini puan Haslina kembali aktif yang untuk mempromosikan perniagaan online di laman sosial. Puan Haslina bermula dengan produk Shaklee dan pelangsingan badan. Kemudian beliau menambah lagi produk jualan iaitu Kosmetik dan penjagaan kulit. Di samping itu, melalui kelas-kelas yang dihadiri di PI Pasoh 2, puan Haslina telah menambah kemahiran dalam bidang IT dan dapat membuat aliran carta produk jualan dengan mudah. Kini puan Halina boleh mempelbagaikan cara mempromosi produk dengan carta aliran serta banner yang menarik di laman sosial.


Adam Mukhriz Bin Hafiz (CELIK IT)

Adam Mukhriz berumur berumur 9 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Sebelum adik adam menyertai kelas ICT, dia sangat pemalu dan kurang pengetahuan mengenai ICT terutamanya pendedahan mengenai applikasi microsoft office. Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Adam sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint dan microsoft publisher. Di samping itu juga, adik Adam sudah mahir dan boleh membantu rakan-rakan lain semasa dalam kelas ICT.

Selain itu juga, adik Adam juga diberi pendedahan kepada pembelajaran advokasi seperti buli Siber, gangguan seksual online dan perlindungan info. Tambahan lagi, adik Adam turut didedahkan dengan pembelajaran melalui multimedia seperti video kanak-kanak menari dan menyanyi. Terdapat juga aktiviti sampingan lain iaitu E-Learning ¬education games untuk subjek Bahasa Inggeris, sains dan matematik. Kini, adik Adam sudah mahir dalam microsoft office dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain. Di samping itu juga, adik Adam sudah tahu memanfaatkan aktiviti melayari internet seperti education games dan video-video pengajaran di youtube.


Zainal Arifin Bin Abas (Usahawan)

Zainal Arifin Bin Abas atau lebih senang dikenali sebagai Ipin merupakan anak peneroka Felda Pasoh 2. Dengan memiliki sijil kursus dandanan rambut tahap 1 tahap 2 dan tahap 3. Di samping itu jga, Encik ipin turut mmpunyai sijil kursus fashion and dressmaking. Encik Ipin telah membuka kedai gunting rambut (Arifin”s Barber) pada tahun 2016. Di samping itu juga, encik Ipin turut menerima tempahan ubahsuai seluar slack dan baju.

Encik Ipin telah menghadiri kelas E-usahawan secara personal di PI Pasoh 2. Pihak PI telah memberi bimbingan kepada encik Ipin mengenai cara-cara membuat facebook page dan mempromosikan perkhidmatan gunting rambut yang diusahakan oleh Encik Ipin sendiri di rumahnya. Menerusi bimbingan yang diberi oleh PI Pasoh 2, Encik Ipin telah berjaya meningkat promosi di sosial media terutamanya di facebook personal dan facebook page. Encik Ipin banyak berkongsi mengenai Di samping itu juga, Encik Ipin dapat update informasi waktu operasi kedai gunting rambut beliau.


Radzelah Binti Ahmad (Usahawan)

Puan Radzelah memulakan perniagaan beliau pada tahun 2014. Produk perniagaan beliau adalah pelbagai jenis kuih seperti Creampuff, cheesekut, pineapple tart, cheese tart, dessert dan cookies. Sebelum penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2, puan Radzelah membuat pembungkusan kuih yang biasa tanpa melekatkan sticker pada kotak atau balang kuih beliau.

Setelah Puan Radzelah mendapatkan bimbingan daripada PI Pasoh 2, beliau telah mempelajari cara membuat sticker untuk perniagaan kuih yang beliau usahakan. Kini, puan Radzelah telah Berjaya membuat sticker perniagaan sendiri. Di samping itu, puan Radzelah telah membuat facebook page untuk perniagaan yang beliau usahakan. Kini, beliau semakin aktif mempromosikan produk jualan beliau di facebook personal dan facebook page yang telah beliau hasilkan sendiri dengan bantuan PI Pasoh 2.


Muhammad Syawal Syahmi Bin M.Zaidi (Celik It)

Adik Muhammad Syawal Syahmi Bin M.Zaidi berumur 11 tahun dan merupakan pelajar sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (felda). Sebelum adik syawal menglibatkan diri dalam kelas ICT, dia kurang pengetahuan mengenai ICT.

Oleh kerana minat terhadap ICT adik Syawal sering berkunjung ke PI. Selain daripada itu, adik Syawal turut menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PI Pasoh 2. Kini, Adik Syawal sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word dan microsoft powerpoint. Adik Syawal sangat seronok menghadiri kelas ICT. Selain daripada kelas ICT, PI Pasoh 2 turut membuat aktiviti sampingan seperti E-Learning dan permainan menguji minda. Hal ini membuatkan adik Syawal berasa teruja untuk menyertai kelas ICT di PI Pasoh 2.


Hasnah Binti Abu Hasan (Usahawan Online)

Hasnah binti Abu Hasan merupakan suri rumahtangga dan sangat berminat berniaga. Oleh kerana itu, puan Hasnah mencari peluang untuk berniaga secara atas talian. Sebelum ini, puan Hasnah menjual kek serta makanan basah seperti ayam dan puyuh proses melalui aplikasi WhatsApp. Kemudian, puan Hasnah cuba untuk menjual tudung dan selendang secara atas talian.

Melalui kelas bimbingan ICT dan kelas E-Usahawan yang disertai oleh puan Hasnah di Pusat Internet 1 Malaysia Pasoh 2, puan Hasnah susah tahu untuk mempromosikan tudung dan selendang yang dijual di media sosial terutamanya personal facebook, facebook page dan Instagram. Di samping itu, Puan Hasnah turut meletakkan produk perniagaan di Pusat Internet 1 Malaysia Pasoh 2. Kini, puan Hasnah aktif mempromosikan produk perniagaan di media sosial, bagi yang berminat untuk membeli tudung dan selendang yang di jual oleh puan Hasnah, boleh WhatsApp ke 0123784964 untuk maklumat lanjut.


Norlia Binti Mansor (Usahawan Online)

Puan Norlia binti Mansor merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Puan Norlia sering menerima tempahan kuih daripada kawan-kawan lain kerana puan Norlia tahu membuat karipap pusing. Kini, puan Norlia ingin cuba memasarkan produk Karipap pusing secara meluas dengan menghantar karipap pusing (Frozen) di kedai-kedai yang bedekatan dengan kawasan tempat tinggalnya.

Melalui bimbingan daripada Pusat Internet 1 Malaysia Pasoh 2, Puan Norlia telah belajar membuat facebook page untuk perniagaan karipap pusing frozen. Di Samping itu, Puan Norlia juga belajar cara-cara mempromosikan produk karipap pusing di media sosial. Kini, perniagaan karipap pusing frozen puan Norlia sudah meningkat, permintaan terhadap karipap pusing yang diusahakan mendapat sambutan yang amat menggalakan terutamanya komuniti setempat dan juga orang luar. Kepada yang berminat untuk membeli karipap pusing puan Norlia, bolehlah menghubungi talian 0139534582 untuk maklumat lanjut.


Muhammad Hafizal Ilham Bin Masrom (Celik It)

Muhammad Hafizal Ilham Bin Masrom berumur 10 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Sebelum adik Hafizal menyertai kelas ICT, dia tidak tahu menggunakan Ms.Office dan kurang pengetahuan mengenai kegunaan ICT. Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Hafizal sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint dan microsoft publisher. Di samping itu juga, adik Hafizal seorang yang sangat rajin menghadiri kelas ICT untuk belajar e-Learning dan Multimedia.

Selain daripada itu, adik Hafizal turut belajar cara membuat personal emel dan kini adik Hafizal tahu menggunakan emel. Tambahan lagi, adik Hafizal diberi pendedahan melalui Klik Dengan Bijak bagi mengelakkan salah guna internet. Menurut adik Hafizal dia berasa gembira dan seronok belajar ICT di Pusat Internet 1 Malaysia Pasoh 2.


Marliana binti Chek Mee (Usahawan Online)

Puan Marliana binti Chek Mee merupakan suri rumah tangga, berumur 34 tahun. Puan Marliana baru sahaja menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapat keluarga. Sebelum ini, Puan Marliana tidak mempunyai facebook page mengenai produk yang di jual dan kurang mahir mengenai ICT. Dengan bimbingan yang telah diberikan oleh PI, puan Marliana dapat mempelajari cara-cara membuat facebook page dan cara-cara mengemaskini facebook page melalui smartphone. Di samping itu juga, puan Marliana turut meletakkan brosur produk jualan dan produk di PI Pasoh 2.

Puan Marliana sangat berminat untuk untuk belajar lebih banyak ilmu ICT di PI dan akan cuba untuk mencari peluang untuk belajar lebih banyak ilmu ICT bagi mempromosikan produk yang dijual. Puan Marliana turut berterima kasih kepada PI kerana memberi dorongan untuk memperluaskan promosi produk dan juga ilmu-ilmu ICT yang diberikan kepada beliau.


Norlida Mansor (Usahawan Online)

Norlida Mansor merupakan guru tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Puan Norlida memulakan perniagaan Ais Krim Kon dan cendol bermula tahun 2014. Pada peringkat awal Puan Norlida membantu adik iparnya membuat tempahan semasa majlis kenduri. Daripada situ,timbul minat untuk turut serta dalam perniagaan tersebut. Dengan bimbingan PI, Puan Norlida telah mempelajari cara-cara untuk membuat banner dan bunting perniagaan Ais krim kon. Di samping itu juga, Puan Norlida aktif mempromosikan produk di sosial media.

Puan Norlida sangat berterima kasih kepada PI kerana banyak membantu dari segi mempertingkatkan kemahiran ICT di samping mempromosikan perniagaan beliau di facebook page. Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Ais Krim Kon untuk majlis kenduri atau majlis-majlis keraian yang lain, anda semua boleh menghubungi puan Norlida di talian 01131075322 untuk maklumat lanjut.


Zafiah binti Abd Samad (Usahawan Online)

Zafiah binti Abd Samad atau dikenali sebagai Puan Intan baru saja menjalankan perniagaan Makanan Frozen ini. Puan Intan memang pandai membuat kuih muih dan memang minat berniaga sejak dahulu lagi. Produk perniagaan puan Intan ialah wadei Frozen yang mula dijual pada awal bulan disember 2017. Sebelum ini puan Intan tidak tahu mengenai facebook dan facebook page dan tidak mahir dalam aplikasi Komputer. Melalui bimbingan PI, puan Intan telah membuka akaun facebook dan belajar cara-cara untuk mempromosikan produk jualannya.

Di samping itu, PI turut memberi tunjuk ajar kepada Puan Intan untuk membuat sticker pada pembungkusan makanan frozen beliau. Menurut puan Intan PI sangat-sangat membantu dalam memberi galakan dan tunjuk ajar kepada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan dan beliau akan menjadi PI sebagai rujukan untuk mempromosikan produk usahawan dan membuat pembaharuan kepada produk frozen beliau.


Muhammad Aidil Zulkarnain bin Zainuddin (CELIK IT)

Muhammad Aidil Zulkarnain bin Zainuddin 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda), merupakan anak tunggal dan pelajar cemerlang di sekolah. Sebelum menyertai kelas ICT adik Aidil kurang pengetahuan mengenai aplikasi dalam komputer. Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Aidil sudah mahir dengan penggunaan microsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint yang mana adik Aidil berjaya menghasilkan slide persembahan powerpoint dalam bentuk video.

Di samping itu juga, adik Aidil juga sedang mempelajari tentang penggunaan microsoft publisher. Adik Aidil sangat berminat belajar ICT di PI dan akan terus menimba ilmu-ilmu baru di sini. PI berharap adik Aidil akan berjaya dan menjadi celik IT yang cemerlang.


Muhammad Ammar Qhussnull bin Macpol (CELIK IT)

Muhammad Ammar Qhussnul bin Macpol berumur 8 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik beradik. Adik Qhussnull merupakan pelajar cemerlang sekolah. Sebelum adik Qhussnull menyertai kelas ICT adik Qhussnul hanya tahu melayari youtube dan kurang pengetahuan mengenai aplikasi dalam komputer.

Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh, adik Qhussnull telah belajar aplikasi microsoft word dan microsoft powerpoint. Di samping itu juga adik Qhussnull telah mempelajari cara-cara membuat emel dan sekarang adik Qhussnull mempunyai emel sendiri. Adik Qhussnull seronok belajar di PI kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan belajar ilmu ICT. Semoga adik Qhussnull terus berjaya dan menjadi celik IT yang cemerlang.


Muhammad Danial Hakimi Bin Kamarulzaman (CELIK IT)

Muhammad Danial Hakimi Bin Kamarulzaman berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Adik Hakimi telah menyertai kelas ICT di PI sejak tahun 2017. Sebelum adik Hakimi menyertai kelas ICT, dia hanya tahu mengenai youtube dan kurang pengetahuan mengenai ICT terutamanya pendedahan mengenai aplikasi yang boleh digunakan untuk pembelajaran harian.

Antara kelas-kelas ICT yang disertai adalah Pengenalan kepada Email, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, paint dan Education Games. Selepas mendapat bimbingan dari PI Pasoh 2, adik hakimi sudah mahir dengan penggunaan microsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint dan microsoft publisher. Di samping itu juga, adik Hakimi juga telah mempunyai emel sendiri. Sekarang adik Hakimi sedang belajar mengenai Microsoft excel. Semoga adik Hakimi terus maju dan mahir dalam ICT.


Nuryatul Binti Muhamad Nor (Usahawan Online)

Nuryatul merupakan Pengurus Pusat Internet 1 Felda Pasoh 2. Penglibatan dalam perniagaan online bermula pada awal tahun 2017. Hal ini kerana peluang yang sedia ada dan persiapan untuk mengajar para usahawan dalam komuniti. Sebagai tenaga pengajar di Pusat Internet untuk mengajar usahawan beliau perlu menjadi usahawan untuk memudahkan proses pembelajaran serta dapat berkongsi ilmu dengan usahawan-usahawan lain.

Antara produk business online yang beliau jual adalah penapis air Cuckoo, Tupperware brand dan Mary Kay. Menariknya adalah menjadi usahawan online beliau dapat berkongsi ilmu bersama usahawan lain bagaimana cara-cara untuk mempromosikan produk secara online di sosial media. Selain itu, memberi bimbingan dan galakan kepada usahawan untuk menghasilkan blog perniagaa sendiri dan bahan-bahan promosi hasil kerja sendiri.

Setiap bulan kelas E-Usahawan akan diadakan di Pusat Internet untuk para usahawan dalam komuniti belajar ICT dan cara-cara yang menarik untuk mempromosikan produk mereka. Beliau mengambil peluang ini untuk berkongsi ilmu bersama para usahawan yang lain.


Norlela Binti Ibrahim (Usahawan Online)

Cik Norlela baru sahaja tamat belajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas). Sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya cik Norlela bekerja di kedai makan dan mula menceburi business online pada tahun 2018. Cik Norlela menjual gadget seperti power bank, telefon bimbit serta beg tangan wanita. Dengan bimbingan yang telah diberikan kini Cik Norlela sudah tahu cara-cara yang lebih berkesan untuk mempromosikan perniagaan online di laman sosial.

Menjadi ahli Pusat Internet membolehkan Cik Norlela belajar ICT dan menyertai kelas E-usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Di samping itu, Cik Norlela juga boleh meletakkan produk yang di jual di sini. Kepada yang berminat untuk membeli gadget yang murah daripada Cik Norlela anda semua boleh mengikuti Instagram perniagaan Cik Norlela iaitu TrustSellerMurah untuk melihat gadget-gadget yang dijual oleh beliau.


Zuraidah Binti Yunus (Usahawan Online)

Puan Zuraidah merupakan suri rumahtangga. Beliau mula menjahit bermula pada tahun 2009. Selain menjahit puan Zuraidah juga mengambil upah sebagai pengasuh kanak-kanak. Kebiasaannya puan Zuraidah banyak menerima tempahan baju kurung dan baju fesyen. Puan Zuraidah tidak beberapa mahir dengan penggunaan ICT, namum beliau mempunyai minat yang tinggi untuk belajar ICT di Pusat Internet.

Beliau sudah memiliki akaun facebook sendiri dan kini dalam proses untuk menghasilkan facebook page perniagaan beliau. Walaupun Puan Zuraidah mengambil masa untuk belajar ICT , Pusat Internet tetap akan memberi bimbingan sehingga Puan Zuraidah mahir dan dapat menghasilkan page perniagaan beliau.


Muhammad Nur Hadif Bin Hamizan (Celik IT)

Muhammad Nur Hadif bin Hamizan merupakan pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Adik Hadif menyertai kelas ICT sejak tahun 2017. Antara kelas-kelas ICT yang disertai adalah Pengenalan kepada Email, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, microsoft excel dan Education Games. Selepas mendapat bimbingan dari Pusat Internet Pasoh 2, adik Hadif sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word, microsoft powerpoint, excel dan microsoft publisher.

Di samping itu juga, adik Hadif juga sudah memiliki emel sendiri. Selain itu juga, adik Hadif juga diberi pendedahan kepada pembelajaran advokasi seperti buli Siber, gangguan seksual online dan mengenai portal sebenarnya.my. Tambahan lagi, adik Hadif turut didedahkan dengan pembelajaran melalui multimedia seperti video senaman minda. Terdapat juga aktiviti sampingan lain iaitu E-Learning ¬education games untuk subjek pembelajaran harian di sekolah. Kini, adik Hadif sudah mahir dalam microsoft office dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain. Di samping itu juga, adik Hadif sudah tahu memanfaatkan aktiviti melayari internet seperti penggunaan google translate dan pencarian maklumat di Internet .


Nur Adriana Bin Hafiz (Celik IT)

Nur Adriana binti Hafiz merupakan pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F). Adik Adriana menyertai kelas ICT sejak tahun 2017. Antara kelas-kelas ICT yang disertai adalah Pengenalan kepada Email, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, paint dan E-Learning.

Sebelum ini, adik Adriana kurang mahir dengan penggunaan microsoft office setelah banyak kali menyertai kelas ICT adik Adriana semakin mahir dan faham kegunaan microsoft office. Di samping itu juga, adik Adriana suka membuat aktiviti D.I.Y di Pusat Internet. Selain daripada itu, adik Adriana aktif dalam kelas ICT terttamanya pembelajaran melalui e-Learning education games seperti Oh My English, Kahoot, Quizizz, jigsaw puzlle dan word Search Games di internet.


Hazlina Binti MD Jani (Usahawan)

Hazlina Binti Md Jani telah memulakan perniagaan pada tahun 2012. Pada peringkat permulaan beliau membuka kedai makan dengan menyewa kedai majlis daerah. Kemudian Hazlina mendapat tender di Kantin kilang sawit selama 2 tahun iaitu dari tahun 2015 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menceburi perniagaan secara online dengan menjual produk kecantikan. Kini beliau telah memiliki kedai makan sendiri. Nama Kedai makan beliau adalah Putra Baning Corner. Azlina berazam untuk memperluaskan perniagaan dan sekarang beliau telah membuat makanan frozen iaitu karipap Putra Baning Frozen.

Azlina sentiasa menjadikan Pusat Internet sebagai tempat rujukan untuk mempromosikan perniagaan yang sedang diusahakan. Di samping itu, Azlina turut hadir ke Pusat Internet untuk belajar mengenai facebook page bagi produk kecantikan. Selain itu, beliau turut hadir ke Pusat Internet untuk belajar cara-cara membuat sticker bagi produk makanan frozen beliau. Menurut Azlina, beliau akan terus belajar dan menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet bagi memudahkan urusan dan menambah ilmu ICT.


Nor Insyirah Izzati Binti Jamal (Usahawan)

Nor Insyirah Izzati Binti Jamal merupakan lepasan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara IBKN Miri, Sarawak dalam kelulusan SKM tahap 3 Penyediaan Pastri. Baru saja tamat belajar bulan Julai 2018. Sebagai permulaan Insyirah ingin mempraktikkan kemahiran yang dimiliki dengan menghasilkan kek pastri dan mencuba untuk menerima tempahan daripada pelanggan. Hal ini menyebabkan Insyirah mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan kek pastri.

Pusat internet turut membantu Insyirah dari segi mempromosikan video kek Pastri hasil tangan beliau sendiri. Di samping itu juga, Insyirah menjadikan Pusat Internet sebagai tempat rujukan terutamanya hal-hal berkaitan ICT. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan kek boleh hubungi Insyirah di talian 017-6752596.


Nur Iman Ibtisam Binti Mazzain (Celik IT)

Nur Iman Ibtisam Binti Mazzain berumur 8 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua (Felda). Sebelum adik Iman menyertai kelas ICT, dia tidak tahu menggunakan Ms.Office dan kurang pengetahuan mengenai ICT. Selepas mendapat bimbingan dari Pusat Internet Felda Pasoh 2, adik Iman sudah mahir dengan penggunaan micorsoft office seperti microsoft word dan microsoft powerpoint.

Di samping itu juga, adik Iman seorang yang sangat rajin dan sentiasa bersemangat untuk belajar di dalam kelas ICT. Antara pembelajaran yang telah dipelajari adik Iman ialah microsoft office, E-Learning, D.I.Y, Soft Skill-Story telling dan CATs Program.


Ierzahan Fardrin Bin Muhammad Zin (Celik IT)

Ierzahan Fardrin Bin Muhammad Zin berumur 16 tahun bersekolah di Sekolah Magnet SMK Felda Pasoh 2. Sebelum Ierzahan menyertai kelas ICT, dia tahu mengenai asas Microsoft office dan kurang pengetahan mengenai perisian dalam komputer yang boleh dipelajari selain microsoft office. Adik Ierzahan menyertai kelas ICT sejak tahun 2017.

Sehingga sekarang adik Ierzahan masih menyertai kelas ICT di Pusat Internet, walaupun jadual belajar padat, adik Ierzahan tetap mencari peluang untuk belajar ICT. Adik Ierzahan juga turut menyertai CATs Program. Sekarang adik Ierzahan belajar mengenai Multimedia dalam editing Adobe photoshop. Adik Eirzahan berminat belajar Editing dan berharap dapat menjadikan kemahiran editing ini sebagai kemahiran yang boleh dijadikan sumber pendapatan sempena cuti sekolah nanti.